28 July 2013

Agar-agar oreo

Assalamualaikum
Lama da x update kan?
Weekend balik muar, memang cenggini.. Kebetulan sabtu ahad di kampung ramai tetamu. So bz la sikit.
Agar-agar oreo ayu buat hari jumaat untuk berbuka. Dan bawa balik muar untuk mak sekali. :)
Actually, agar-agar ni sama je mcm lain-lain tu. Cume add kan oreo yg di patah-patah 2-3. (tapi ayu guna cream-O)
Resepi :
Agar agar serbuk 10 gm
Air 8 cawan sukat beras(ikut tahap keras yg korang suka ya)
Susu cair 1 tin
Cream o/oreo 1 paket (patah2kan)
Gula 3/4 cawan (ikut manis korang suka)
Milo *saje ayu nak kasi warna dia coklat*

Masak agar-agar+air+gula.
Dah didih + susu cair + milo jika suka.
Tabur oreo dalam acuan, dan tuang agar-agar tadi.

Kalau nak buat 3 lapisan(oreo cun kat tengah je)
Bole bahagikan 2 agar-agar,
1 putih susu. - lapisan tengah(oreo)
1 campur milo. - lapisan atas dan bawah.

*Tuang selapis(milo) ke dalam acuan, biar sekejap kasi dia beku sikit, pastu tuang lapisan putih dan tabur oreo di lapisan ke dua.  Biar lapisan ke2 beku kejap, pastu tuang lapisan atas (milo)
Tapi, ayu belasah 1 warna aje. Kui2.. Sebab nak cepat la. Apa lagi.. Lapis bawah je smpat tunggu beku, lapis seterusnya, balun aje. Tu jadi 1 warna aje. Kikiki..
Pada yg suka makan agar-agar mcm ayu, Korang try la ya.
Nota :
Bole hidang ngan susu cair kalau nak versi kuah-kuah.. *ala..kita buat dia kan. Hehe..*
Love,
Ayu

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

8 comments:

Permata Malap said...

sedapnya oreo tu...kg ayu kat muar tu kat mana?

ayuzan said...

akak tau ea muar johor? sy duk parit amal.. :)

norhasnizakhalid said...

berbintang lagi tu.. mesti sedap ni

ayuzan said...

sedap dap dap kak. :)

Izan Ishak said...

ayu org muar rupanya... tak jauhlah kita ye. daerah sebelah menyebelah je.

k.izan dari hari tu nak buat agar2 oreo asyiklah tertangguhh je. harap2 dapatlah buat sblm balik raya ni.

IntaNBerliaN said...

akak baru buat smlm.. :)

Masya said...

baru cuba malam td.. tp x berlapis pun.. biasa jer..

ayuzan said...

mcam ayu xjadi lapis gak. sbb xsabar tunggu lapis bawah keras. org kata kalau tlebih keras,, kena garit pakai garfu baru tuang lapis sterusnya..