20 August 2013

dia kawan semangat

Assalamualaikum.
Just nak sharing, masa ayu belajar kat politeknik 3 tahun lepas, my best friend adalah berbangsa cina. I call her woon. Dia cantik sangat. Nama penuh dia pun kalau xsilap maksudnya cantik.

3 tahun kat sana,memang kami akrab. Study sama-sama, makan sama-sama. & even masa dah azan, dia akan cakap "eh ayu, u go solat first la..i tunggu u."

Masa ayu gastrik teruk, dia juga yang teman ayu gi hospital. sanggup missed class tau.

Ayu ingat lagi, ayu pernah marah woon & merajuk dgn dia. Tp kejap je marah tu, sebab dia pujuk ayu dengan belikan Big Apple Donut 2 biji. Macam biasa, my fav donut Alien lah..yg coklat mcm misai bergumpal tu. And after dia pujuk mcm tu, ayu kembali senyum dan kitorg makan donut sama-sama. *terharu sgt*

Ayu juga ingat yg dia juga sangat ambil tahu mengenai islam. Dan dia pernah pinjam shawl ayu sebab teringin katanya. dia pakai shawl tu dan ambil gambar.. xingat dah mana simpan foto tu.

Woon ni rajin spesis rajin.. Dan result exam kitorang selalu xlari banyak. Dekat-dekat aje. Hehe
Dia panggil ayu "KAWAN SEMANGAT". Sebab woon kata, ayu selalu inspired dia. Hihi

Banyak lagi kenangan dengan woon ni.. Btw, dia memang sahabat yg baik. ayu ada berdoa moga Allah titip hidayah ke dalam hatinya. yelah, kawan yang kita sayang mesti lah kita nak dia sama-sama di syurga Allah nanti kan.. tapi, apepun ayu faham.. hidayah tu..Allah punya, sekalipun pemahaman tentang Islam cukup dalam, hidayah itu hak Yang Maha Esa..

Love,
Ayu

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: