21 September 2013

Call pukul 1 pagi itu gangguan ya

assalamualaikum

nak dijadikan cerita, 2 hari lepas, pukul 1.40am masa tu ayu dah lelap dah ada la seorang hamba Allah call. Dalam keadaan separuh sedar, ayu raba-raba cari phone. *ayu sensitif dengan bunyi* Tapi tak sempat jawab. Tengok nombor tak kenal. tunggu la jugak orang tu call semula. Tapi tak da. Akhirnya ayu terlelap semula.

bangun subuh tu, ayu memikirkan lagi calling malam tadi tu. Siapa? Kenapa? penting ke?

ayu decide, ayu set nombor dia, cek ada whatsapp tak. okey, ada. ayu whatsapp tanya..

"Maaf tanya, siapa ni ya? Ada apa call lewat malam?"

dia jawab

"bila saya call?"

aik? biar betul hamba Allah ni? ayu nekad ayu screenshot call dia. send gambar tu. baru dia jawab.

"Oh, sorry. maaf ganggu awak pagi-pagi." 

ayu jawab. "its ok" sebagai mengakhiri perbualan. memang tau la ada orang mengada ni.

tiba-tiba dia sms "awak duk mana?"

so, tak urgent lah kan? menyirap darah la jugak. tu teknik apa tu? menyampah dengan orang-orang macam ni, kalau salah nombor, cakap salah lah. ni cakap tak ada call, pastu nak berkenalan pulek? oho. memang sorry la ya..uhuhu..

Nota : kalau ayu, tak urgent, jam macam tu, ayu akan sms/whatsapp je jika perlu. Call tu ganggu kan? lagipun, kalau tak urgent masa tu ayu dah sampai bulan dah tidur. hehe

8 comments:

Umialya said...

cara lama nak berkenalan, abai jer

cik atie said...

hehe.. taktik tu.. :)

norhasnizakhalid said...

ish!!.. geram kan ayu... sabo sabo... hihi

Story Nadya said...

ish ish ish. mengganggu orang je >.<

Karya Mahirah said...

akak pernah sorang pakcik ni call... mula2 tu akak dah jawab n ckp baik2 yg dia salah nombor... bygkanlah ek... org lelaki call akak ni bini org sampai kol 11pm... pe jadahnya kan? pastu dia call lagi dkt 10miss call ko... akak jwb lagi dan ckp ye pakcik ni dah salah nombor.. ni no pompuan... dia kata ada org bg no akak ni pada dia... so what? dah terang2 aku pompuan, takkan pondan pulok...

lastly akak block no dia terus.. so dia call masuk voice mail.. dia tak puas hati n guna no lain... akak jwb, cam kenal sore pakcik yg call akak sebelum ni... pastu cakap salah no ler pakcik oi.. byk kali tak putus asa dow...

just imagin org yg tak paham bahasa... ko nak apa sebenarnya? akak cerita kat somi, mmg nak kena sound, klu dia call lagi somi yg tlg jawab... pas tu pandai pulak call waktu kerja, of coz akak kat tempat kerja... then akak dah geram sgt, akak sms dia kata, kan sy ckp pakcik salah nombor! Tolong jgn telefon sy lagi kalau tak sy report polis sbb gangguan pakcik... terus senyap sampai sekarang... tak taula dia paham ke tidak... sebenarnya panggilan tak kenal adalah gangguan...

randomlyally said...

salam.. akak selalu dpt miscall dr nombor sesat tgh2 malam. sudahnye skg kalau dah jam 10 malam mmg akak silent kan hp.. kacau betul.

Unknown said...

macam2 la taktik orang nak berkenalan sekarang ni kan..adess >.<

IntaNBerliaN said...

akak biasanya kalau org2 yg duk sibuk nak tanya duk mana n nama sape ke apa ke.. walhal kita tak kenal mmg akak xlayan la kan.. sama mcm ayu la..