21 September 2013

Komen - kes gangguan call tu

Assalamualaikum.
Tadi ayu share pasal orang call ayu pukul 1.40 pagi tu kan.

Ayu nak share feedback dari rakan blogger.

Tu antaranya ya..

Memang betul pun jangan di layan dan itu sememangnya taktik basi untuk berkenalan memandangkan umur ayu ni dah masuk umur belia-belia dewasa, lagi lah tak sesuai nak sms-sms bagai untuk sesi A.S.L (age,sex,location) tu. Zaman chatting kampung chat, mirc, yahoo msger masa zaman sekolah menengah je kot. Zaman jakun jumpa internet. Hihi

Dan alhamdulillah lah tak berlarutan gangguan selepas tu, mungkin sebab ayu memberi feedback yang tak berapa baik untuk sms dia dan juga tak jawab call dia. Kalau dah jawab, takut juga jadi macam kak mahirah tu(rujuk gambar) sampai calling non stop. Huhu. Memang rasa nak report polis. Dan patut pun report.

Ayu rasa, after 10pm silent phone macam kak ctfand (rujuk gambar) buat tu boleh ayu tiru sebab ayu ni sangat over sensitif dengan bunyi. Bunyi terus jawab. Dan ayu pernah jawab call tengah tido tapi lupa ayu ada jawab call. Pagi-pagi cek register ada ayu jawab call kawan lebih 00.07 saat. Aish. Ngeri. Buatnya ayu melalut kan. Hihi. Nasib lah kawan ayu kata, "ayu diam aje..." :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: