01 September 2013

Weekend Jalan-jalan & Buat Popiah

Assalamualaikum.
hai korang.. hari ni isnin kan.. mcm biasa lah. 2 ari ayu xupdate.. UV pun turun. ape tak nya.. da la xupdate blog.. blogwalking pun ciput. hihi. lagi-lagi time ayu balik kampung. Confirm dok spend time dengan mak lebih. hihi.. Blog pun lupa kejap. Isnin. automatik ingat balik. hihihi

SABTU  hari merdeka kan? Okey, tak terlambat ayu nak wish.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN. Moga kita merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.

sabtu tu ayu x gi join mana-mana sambutan.. Ayu bawa mak ziarah rumah saudara di Kluang Johor. Pastu ayu gi ke rumah kenalan mak, sebab haritu anak beliau kawin, ayu xdapat hadir.. so, ziarah sekali nak ucap selamat pengantin baru. Album kawin dia siap dah, so dapat la ayu cuci mencuci mata gambar kawin beliau. hehehe. Amboi. 5 persalinan pakaian kawin dia. Tu lom masuk majlis bertandang. Agaknya 7-8 persalinan majlis. hehe. Banyak kan? *kena duit banyak tu, duit ayu sikit.*

AHAD 
Ahad ayu spend time dengan mak la sebelum balik JB. Pagi-pagi ajak mak & adik kecik gi breakfast kat kedai roti canai yang sedap gila tu. Rasanya lama dah tak pekena roti situ.. Lepas tu, gi bawak mak belanja barang dapur. Tengahari pulak, adik lelaki ayu "aman" dok request popiah. So, Ayu pun merajinkan diri memasak untuk beliau.

Buat popiah simple je intinya..tumis bawang merah+putih dengan sikit minyak. + daging cincang. Masak sampai daging tu masak sempurna. Pastu ayu campur mix vege yang ada carrot, kacang pis, jagung tu. Perasakan dengan garam.. Siap. hehe.. eh. lum siap. kena la buat sesi membalut. Belasah aje. Rupa xkisahlah. hehehe

ni la rupa popiah yg xseberapa tu.hehe
Sos pulak mak yang masak. Sos Versi mak. Bawang putih+cili kering= blender. Masak + campur air asam + gula + garam.. Didih! Siap.

Macam tu lah weekend ayu time kat kampung. Spend time dengan family. Siapa tak happy kalau dapat ber-weekend bersama orang tersayang kan..

 P/s : Rahsia Jerawat Terbongkar oleh Dr Hasseenah

6 comments:

Unknown said...

sedapnye popiah..selamat hari kemerdekaan :)

randomlyally said...

salam merdeka.. kalau popiah kan, part mix vege tu yang kak tak berapa berkenan..tak brp suka sayur kot..he he. kalau daging / ayam ngan kentang je insyaAllah habis kak telan (eh..?macam karipap pulak..hihi)

cik atie said...

sedapnye... cuti atie duk umah je.. x gi mana2 pon.. hihi

Cik Kay Jue said...

salam kemerdekaaan ayu..
kira ok la tu balik kampung., ckj tak balik kmpng lgi tahuu ni..

wah.. sodapnyer popia.. hehehe..

Mazatul azura said...

Wah! sedapnyer......... :)

maszull said...

assalamualaikum ayu...wah sedapnya popiah tu...:)