31 October 2013

CPUV - 8 Sony Xperia Z1

Assalamualaikum

wah! lama gak tak ada pertambahan BE/CPUV baru dari encik nuffnang. Hampir 2 minggu. Last date terima BE pada 14 Oct 2013. Dan alhamdulillah masih ada 5 + 1 (yang baru) ongoing di blog kecil ayu ni. Syukurlah advertiser dan nuffnang masih sudi meletakkan iklan mereka di sini.

6 on going

xperia z1
Adik sedara ayu dah pakai Sony Xperia Z tapi tak tau la sama ke tidak. yela.. kan Z pun ada banyak Z ni. Sangat lah cantik ye kawan-kawan. Memandangkan ayu pun pengguna Xperia jugak.. (neo V saja), so bila dapat je BE ni ayu confirm lah excited. ihihi.

 So far menggunakan produk SONY ni tiada masalah dan ayu memang berkenanlah sangat. Phone sony ericcson ayu yang zaman dulu pernah jatuh dari motor but still boleh hidup dan guna even body phone dah bengkok dan casing belakang nak tutup bateri pun tak leh tutup dah. hebat betul kualitinya. cume handphone lama sony ni banyak hal tang charger dia kan.. sekarang semua pakai usb.. much better. :)

Nota : thanks u all. sebab sudi lagi singgah blog kecil ayu ni. Sebab tanpa u alls..mesti uv blog ayu tak kan stabil. dan bila tak stabil dah tentu mr nuff pun tak pandang. hihihi.. 
TQ tau... :)

30 October 2013

DIY goodies bag

Assalamualaikum..

Simple label in progress
Sekarang kan trend, semua DIY sendiri. Termasuk label/tag, goodies bag guna brown paper bag untuk majlis-majlis kenduri kahwin, aqiqah mahupun doa selamat.

Banyak kebaikannya..

1- JIMAT. Sebab kita beli beg kertas goreng pisang tu baru rm3.20 untuk 100 pcs kat maidin.
Kalau beli yang plastik siap tu habis murah ayu tengok sepaket (50 pcs) dah rm5+(maidin). Tu pon comel alahai..letak gegula lepas kot.

RM 3.20 / 100 pcs = RM 0.032 untuk 1 beg. kalau add sekali reben or printing label pun masih boleh adjust tak jejak 5 sen 1 beg. Ayu pernah deco sendiri masa kenduri arwah dulu.

2- JIMAT. eh, jimat lagi sebab majoriti kan ada printer sendiri.. Design tag/label dan print out sendiri. Ala.. Design lawa-lawa then print kemudian tampal. Kertas A4 kan murah. Hehe. Nak comel sikit beli reben hias-hias.

3- Kurangkan pencemaran. Sebab kalau kita kasi beg spesis plastik, orang buat sepah-sepah kan susah nak terurai. Biasalah.. Beg nya orang tak berapa pandang..orang ambil isi dalam aje.hehe
4- puas hati. Sebab kita kan deco sendiri. Warna ke.. Design tag ke.. Reben ikat gaya apa ke.. Semua pilihan sendiri. Tak lawa pun pasti puas hati sebab kita usaha sendiri dan JIMAT. Eh.. Jimat lagi. Hihi..

lawa gak kan simple je

Tapi ayu faham.. Ada jugak beberapa sebab DIY goodies from paper bag ni tak disukai sesetengah orang.. Sebab :

1- tak 'grand'. Yela. Brown paper bag maidin tu biasa orang isi goreng pisang aje.

2- buang masa. kena penat lelah untuk deco sendiri label/tag atau hiasannya. Yela, kan kena tilik2 benda tu makan masa...sesetengah orang, busy dengan kekangan kerja, memang tak ada masa nak DIY untuk event-event ni.

3- sebab tak leh letak barang berat. Contoh : mug. Kang letak jugak dalam tu jadi sebab pulak bobos beg cekolat tu.hihi. kita pilih beg ikut keperluan lah kan.hehe


update : masa nikah, ayu kasi tasbih macam ni.. macamne pun kekalkan jimat juga.hihi

manatau bole inspired korang. tempahan pun ayu amik.

Tu antara pendapat yang terlintas untuk ayu kongsi.. May be kawan-kawan ada pendapat tambahan ??



UPDATE 24/12/2013

Ayu jual tasbih. Tasbih mini yang murah dan berkualiti tinggi. malah cantik. :)

korang kalau nak order untuk wedding ke, kenduri ke, atau majlis apa-apa sekalipun, atau nak beli sedekah kat mana-mana ke, boleh terus hubungi ayu..0103787836

Photo


sms / email ayu untuk maklumat lanjut.

sms /whatsapp : 0103787836
email :ayuzan@hotmail.com
fb : ayu zan gallery / tasbih murah
tasbihborongmurah.blogspot.com
Published with Blogger-droid v2.0.10

29 October 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.

macam biasa.. ada kesempatan, mesti nak join GA. hehe
GA ni end harini.

Jom klik. Sempat lagi ni.




Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :

 syarat-syarat wajib : 
  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  
  2. Like dan Follow Blog Shida :
  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida
  4. Copy dan paste kod dalam entri korang
  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini

28 October 2013

Cuci Gambar Murah

Assalamualaikum

semalam baca entry kak juneaina dia cuci gambar dengan PIXAJOY.
pixajoy 
Serius murah sangat. Hanya 25 sen untuk 1 keping.
print screen dari web dia
Promo Price dia adalah :

Size : 4R (4" x 6") 
Paper Material :
Art Card 230gsm with gloss/matte lamination
(1 sided only)
24pcs RM 6.90   (With One Frame Box)
96pcs RM 23.90   (With Two Frame Box)

&

Size : 8R (8"x 10") 
Paper Material :
Art Card 230gsm with gloss/matte lamination
(1 sided only)
2 pcs RM 8.00 (minimum order 2 pcs)  
(With One Frame Box)


FRAME BOX yang include sama tu adalah seperti ini :


 Then, ayu pun terus la SIGN UP & BUY VOUCHER tu dan tersangat lah eksaited nak cuci gambar-gambar. Rasanya dah lama betul tak cuci gambar. Sampai ada sesetengahnya dah hilang entah ke mana. huhu

Ayu try promo yang 96 pcs 4R RM 23.90 + RM 8 (postage) = RM 31.90 berbanding kalau cuci kat kedai sekarang dah 50 sen ke atas untuk sekeping gambar 4R. Huh! berapa punya banyak save cost kat situ kan? Lagi-lagi kalau korang beli banyak-banyak voucher (boleh beli banyak tau).. Postage bayar 1 kali aje. :)

voucher code dia.

kalau tengok pada expiry date voucher, 26 /12/2013. dats means.. korang boleh beli dulu voucher dia dan boleh pilih/edit gambar korang puas-puas baru lah submit gambar-gambar untuk di print kan.

Kenapa kena beli dulu voucher tu? SEBAB Introductory Offer tu sehingga 4 November sahaja (sekarang ada offer lain)! So, ofcoss kena grab cepat. Senang kan sekarang, tak yah gi kedai gambar dah, urus melalui hujung jari sahaja. :)

Kat Pixajoy tu ada promo untuk photobook juga. Nanti pun ingat nak try gak photobook tu. hihi.. 
RM 40 sahaja untuk print photobook yang kita design sendiri. Murah kan? 50% off tau tu.

NOTA : Sekarang tengah tunggu gambar-gambar siap dan pos. 4 hari bekerja..

korang kalau nak join PIXAJOY untuk print gambar / deco photobook boleh KLIK SINI. (kena sign up dulu ya)

Update! Harga berubah ikut promosi dia. jadi, kena tengok harga semasa ya kawan-kawan

Menu : Apam Nasi (mudah)

Assalamualaikum

dah lama tak share menu-menu mudah dengan kawan-kawan.

jumaat lepas ayu merajinkan diri mengukus apam. Saje-saje.. sebab adik lelaki ayu yang kat study ILP berdekatan berhujung minggu kat rumah ayu, so, masakkan kuih-kuih gini masa ada dia baru layan. Meriah sikit makan adik beradik. hehe.

resepi apam mudah
apam nasi senang

Senang aje resepinya. ayu ambil dari kak yatie.(izin ayu share ye kak)

Bahan-bahan & caranya :

Step 1 :
Nasi 2 cawan
Gula 1 1/2 cawan
Air 2 1/2 cawan

*blend nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi hancur halus. Kemudian blend lagi dengan gula.

Step 2 :
Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 2 cawan
Yis (mauripan) 2 sudu kecil

* 3 bahan digaul satukan.

Step 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunan step 1 dan step 2 gaul hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (ayu perap 2 jam pun ok)

Step 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil selama 15 minit. Kalau pakai loyang lama sikit kot. hehe

hidangkan dengan kelapa parut+garam.

Mini Giveaway #2 By Nabila Medan

Assalamualaikum.

Macam biasala. kalau ayu join GA tu. Ofcoss GA simple. hihi

kalau dapat tshirt I AM BLOGGER ni best kan?

atau kalau ada yang berkenan nak preorder, boleh gak :)


CLICK BANNER!!

27 October 2013

Bunga tangan hadiah konvo


Assalamualaikum.
Harini ayu buat bunga hitam merah tu sebagai cenderahati untuk konvo encik bakal suami. alhamdulillah. beberapa bulan sebelum nikah dia konvo.

Haha. Macam bunga tangan untuk pengantin kan..?
:)

update : !! Mulai 2014 ayu ambil order bunga macam atas ni. email je : ayuzan@hotmail.com atau sms call whatsapp 0103787836

ORDER BUNGA TANGAN DI BUKA : 

Bunga satin/cotton 2 warna 
saiz S 12 kuntum bunga : RM 45 sahaja
saiz M 18 kuntum bunga : RM 55 sahaja 
saiz L 24 kuntum bunga : RM 70 sahaja

(tidak termasuk postage) . (harga tertakluk kepada aksesori tambahan.)



Published with Blogger-droid v2.0.10

24 October 2013

Perpustakaan Di Rumah

Assalamualaikum

malam ni ayu nak share sikit impian ayu sejak dari zaman sekolah.
ni perpustakaan mini betul ni.hehe..
Nak miliki 1 perpustakaan mini kat rumah. Memandangkan tak ada dana, ayu mulakan dengan rak kecil untuk susun molek-molek buku yang dimiliki. 
Rak buku dua tingkat ni jadi pilihan. Ini untuk rumah ayu kat JB. untuk rumah mak kat kampung pun ada 1 rak lagi (3 tingkat). Dan beberapa buku lagi kat tempat kerja. Buku belum banyak koleksi, masih kira diperingkat awal mengumpul buku-buku. Sebulan 1 buku.

Masa usia kanak-kanak memang ayu dan buku tak dapat dipisahkan. Masuk pertandingan bercerita sejak umur 6 tahun dek kerana minat baca buku cerita.  Mak kata, ayu tak ubah macam arwah abah, minat membaca sangat-sangat.

Zaman remaja pula, ayu banyak membaca jugak tapi lebih kepada buku-buku versi novel-novel cinta dan majalah pula Dara.com. 

Tapi mungkin sejak umur meningkat dewasa ni, bahan bacaan jadi berubah lebih matang. Ayu jadi berfikir lebih jauh untuk mencari bahan-bahan yang menginspirasikan diri untuk menjadi lebih baik. Yela...umur-umur macam ni bakal-bakal jadi isteri dan kalau Allah izin satu saat nanti mesti lah nak jadi ibu juga, ofcoss la ayu nak jadi ibu yang berilmu. Agar anak-anak pun mencintai ilmu. :) Mak borek, anak rintik. hihi. Jauh kan fikir..hihihi

Ayu ada beberapa contoh sumber inspirasi perpustakaan di rumah :

ni perpustakaan rumah wardina safiyyah.
ayu suka kalau design bilik/ruang tu boleh jadi ruang solat dan mengaji juga. 

yang ni classic ni. sejuk mata memandang
banyak kebaikan perpustakaan di rumah ni. Ia memupuk minat membaca terutama buat kanak-kanak. Mungkin pada sesetengah individu, banyak bahan boleh baca kat intenet aje... tapi ayu tetap suka kat cara membaca tradisional dengan buku berbanding e-book. Sebab rasa puas dapat tengok buku-buku tu. hihi (-_*)

Nota : Korang ada tak pasang impian macam ayu?

Mini Giveaway By Nabila Medan

Assalamualaikum. Salam jumaat.

macam biasa. kalau ayu join GA tu GA senang la tu. Kali ni ayu join lagi senang sbb buat entry je memandangkan ayu memang sedia follow nabila & emas putih tu.ehhehe

jom korang..memeriahkan giveaway ni..


CLICK BANNER!!

23 October 2013

Tutorial Bunga Fabrik 3 Kelopak

Assalamualaikum.

seperti yang ayu janjikan di entry bunga dari kain perca ni, ayu akan share tutorial mudah buat bunga 3 kelopak ni.

Bahan-bahan diperlukan :

Kain cotton/satin/chiffon - jenis kain menghasilkan bunga yang berbeza kelopaknya. For beginner, pakai cotton je ya..  mudah dan senang nak jahit.

Gunting, button/pearl/manik (hiasan tengah), cetak bulat (ayu pakai mulut mug je :)), gam, dawai. (ikut keperluan)

Cara-caranya :


1- Tekap menggunakan cetak bulat (ikut besar / kecil yang disukai) 
2- Dapatkan 3 bulat untuk 3 kelopak bunga. (kalau nak 5 pun bole)
3- Lipat 2 kain bulat tadi 
4- Jahit jelujur dari mula semi-bulat hingga ke hujungnya.
5- Pastikan permulaan jahit tu kalau jarum dari bawah, akhirnya pun mesti berakhir di bawah. Masa jahit tu boleh adjust ya. kalau ending tak sama dengan mulanya, nanti kelopak tak seragam.
6- Tarik jahitan hingga membentuk kelopak bunga. Kemaskan kelopak.


7- Ulang menjahit hingga ke-3 kelopak dan matikan jahitan.
8- Masukkan dawai halus (bunga) ke lubang button/pearl dan lilit.
9- Gam sedikit agar button tak lari(?).

DOne! Siap.

nota : Kalau korang nak buat brooch atau hiasan tampal, tak perlu guna dawai, hanya perlu gam/jahit terus button/pearls di bahagian tengah bunga. Kalau nak bunga yang lebih cantik, boleh pakai satin/chiffon. 

Di harap tutorial ini membantu. :) Kalau tak jelas, boleh tanya ayu ya.

22 October 2013

Rumahtangga Sakinah

Assalamualaikum.

Ayu share dari FB Ustaz Dr Zaharuddin.


tatkala membacanya..pun rasa 'sakinah' dah. Apetah lagi kalau merasai sakinah itu dalam rumahtangga kelak. 

moga bermanfaat buat semua. :)

GA Oktober 2013 Nurul Yui

Assalamualaikum

Yui, Ayu join tau. ehehe..

Demi menyokong rakan blogger Yui. Ayu join GA yui kali ni. selalu aje melepas join memeriahkan GA yui. Harini ada kesempatan sikit, so adalah masa nak like & follow sponsor GA yui. Itupun ada yang ayu da follow siap-siap. Hehe..

Korang yang nak join boleh klik sini atau klik banner bawah ni. :)


Ladies GiveAway

Assalamualaikum.

Ayu join GA anjuran Aina Mansor. Macam ayu katakan, ayu suka join GA yang simple simple sahaja. Yang perlu follow,like sikit-sikit memang ayu suka. :) So, gurls.Jom join.. Syarat adik Aina kasi simple je. Follow blog dia, follow Insta dia, dan buat entry. :)

Tapi siapa-siapa yang handal dan kreatif buat entry lagi berpeluang rasanya.. Sebab cik Aina kita ni ada kategori Entry Kreatif tau.

Kalau berminat nak join GA mudah ni KLIK sini  ya. Good Luck!


Ladies Giveaway

TAMAT - 3 NOV 2013

Mudahnya Mengemas Rumah

assalamualaikum.

ni hadiah yang ayu dapat hasil join contest kak uni - mystorymory.com.



buku ni sangat-sangat best. dari kulit ke kulit bermanfaat. Dia guide kite hingga sekecil-kecil perkara. Contoh : Kain buruk tu macam mana nak basuh dan penggunaannya..

honestly..buku ni sangat sangat bagus dan bermanfaat.

TQ so much kak uni.

jom blogwalking ke sana :  mystorymory.com.

Giveaway Jom Menang


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Tips Raih Follower Blog

Assalamualaikum.

haritu kan ayu ada dating dengan blogger Mama As kan? Kenal tak beliau? Kalau tak kenal.. korang
boleh berkenalan dengan beliau yang peramah dan baik hati tu.. :) klik sini.


Beliau ada sharing tips. Dan ayu rasa, tak salah kalau ayu share kat sini pulak tips-tips yang Mama As share haritu. Sebab ayu tersangat kagum dengan usaha beliau yang meraih follower 900+ dan ranking alexa 900+ dalam masa 5 bulan. Itu sangat memberansangkan ok.

Beliau kata, ini beliau lakukan..

1- Pada awal blogging, beliau BLOGWALKING 100-150 blog sehari.
well, pada ayu ini memang hebat lah sebab ayu rasa sehari 50 blog pun ayu belum sempat. sebab kita menyambil kan... tapi untuk yang full time suri rumah, mungkin boleh cuba tips ni.

2-Kerap komen blog orang lain 
Sebab natijahnya nanti, bila orang tu tengok kita rajin komen blog dia, kita tertarik la nak ke blog kita dan buat benda yang sama. yang ni ayu rasa, ayu buat dan berhasil.

3-Follow blogger yang kita nak, tanpa perlu guna konsep "u follow, i follow".
Maksudnya.. tak perlu ada paksaan dalam following blog. Yela kan, kalau orang yang kita follow berkenan ngan blog kita, beliau akan follow..in sha allah.

4-Guna pop-up comments box untuk raih banyak komen pada entry.
Sebab pembaca lebih mudah, tak perlu loading blog kita sekali lagi untuk komen entry. Lagi-lagi yang berat blognya, memang jenuh nak tunggu loading tu. kalau pakai pop up ni, komentar lebih mudah nak komen 3-4 entry sekaligus. Yang ni ayu buat. Dan kalau korang rasa tak suka sebab tak boleh balas, boleh letak REPLY button. (boleh google tutorial). Dan nak profesional lagi, reply komen penting melalui entry. :) yang ni ramai bogger glamer buat.

5-Letak shout-box
Kotak jerit tu manfaatkan dengan baik. Sebab kadang-kadang ada orang nak tanya apa-apa, dia boleh drop kat situ, dan kita boleh reply kat kotak jerit mereka. Kan mesra gitu.hehe

6-Entry berkaitan tips-tips.
Mama as kata, entry berkaitan tips mudah mendapat sambutan, so korang harus cuba ya. hihi. kalau ayu pula, entry resepi yang selalu banyak klik.

7-Up entry sekurang-kurangnya 1x sehari.
Yang ni memang hakikat tau. Kalau 1 hari tak up entry memang menjunam ke ladang gandum la UV ayu. sebab ayu belum establish. Kala blogger ben ashaari or matgebu tak pelah, rasa nya tak up entry 3-4 hari pun, visitor dia maintain aje. hehe

Okeylah, rasanya itu je kot. hihi.. Kalau korang nak tips lebih kat Mama As boleh je roger beliau di sini.

Nota : Bila ntah ayu punya follower nak 900 tu.hiihi.. ayu dapat pembaca tetap yang tak jemu ziarah blog ni pun dah berbesar hati.. :) Terima Kasih korang.

kredit : Mama As Blog

21 October 2013

Coklat Dan Kebaikannya

Assalamualaikum.

kebaikan makan coklat
hot chocolate
gambar atas tu gambar Hot Chocolate.
gangster betul smiley dia kan. 
Tu bukan ayu yang minum, orang sebelah yang order, ayu tumpang sekaki rasa je. :)

okey, entry ni saja nak share mengenai 10 kebaikan makan coklat. 

1- Mengurangkan kadar serangan strok
Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

2-Meningkatkan kadar kesihatan jantung
Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.

3- Mampu melawan diabetis
Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

4- Melindungi kulit
Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

5- Mengelakkan batuk
Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

6- Memberikan mood yang baik
Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.

7- Bantu meningkatkan kadar pengaliran darah
Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.

8- Meningkatkan kualiti penglihatan
Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

9- Meningkatkan prestasi otak (matematik)
Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

10- Mengisi perut
Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.

Mesti ramai yang suka makan coklat kan?
lagi-lagi zaman study dulu memang ramai yang rajin makan coklat. hehe
tapi hati hati lah, sebab kandungan gula dan lemak pada coklat yang dijual dipasaran tu harus diperhatikan baik-baik.

nota : nasihat ayu, kita makan coklat tak ada masalah, cume jangan lah ambil selalu sangat. lagipun, bersederhana itu lebih baik.. kan kan kan?

kredit : paapaada

20 October 2013

Blogger Johor Bahru - 1

Assalamualaikum

Amboi tajuk.. kenapa ada -1? Sebab mengharap ada 2,3,4 dan seterusnya.. :)

sabtu lepas entry ini, ayu ada cakap nak jumpa 2 orang akak blogger. Asalnya memang nak jumpa blogger Mama As tapi tak menjadi-jadi. Almaklumlah macam-macam urusan mengekang menyebabkan perjumpaan bertangguh.

Nak di jadikan cerita, Kak Uni - Blog Mymystorymory.com nak kasi ayu hadiah sempena menang contest rumah idamanku. So, kami decide jumpa di Aeon Permas Jaya (Jusco) yang berdekatan dengan rumah ayu.

Sangat-sangat happening u olls.. :)

blogger kak uni. dia la yang kasi ayu hadiah buku mudahnya mengemas rumah. :) TQ kak.

ayu dengan mereka. dan juga buku hadiah..:)
ni mama as ya.. tengok baby sufi. she's adorable ok... :)

kami plan kalau ada masa terluang nak jumpa lagi lama sikit. malam tu jumpa kejap sangat. hihi

Nota : Ayu ucap thanks a lot kat kak uni untuk hadiah itu.. dan thanks a lot juga kat mama as sebab beliau share tips untuk raih follower dan peminat blog. hihihi.. Mengkagumkan usaha beliau.. Lepas ni nak cari geng blogger JB ramai-ramai lah. mesti best. hihihihi

Bunga dari kain perca


Assalamualaikum...
Geledah barang jahit..ada lebihan kain perca.. Google fabric flowers, tu lah ayu try diy sendiri. Sedar-sedar dah 5 kuntum. Pastu dok fikir.. Nak buat ape ye bunga ni?

Buat brooch.. Ok jugak. Tapi nak pakai sendiri tak berapa minat. Kalau ada buyers ok jgk. Jual 1 brooch 1.50. ;-)

Buat bunga tangan.. Warna dia lain-lain. Tapi agak stylo jugak kalau ada bunga 1 jambak warna berbeza. Hehe.

Atau...mungkin kalau xde idea lain.. Ayu lekat je lah magnet. Lepas tu biar dia duduk kat fridge kesayangan. Hehehe..
Bunga ni senang tau.. Nanti free ayu up tutorial yer.. :)

update! Tutorial di sini : Tutorial Bunga Fabrik 3 kelopak

NOTA : ayu ada jual tasbih murah sebagai doorgift serendah RM1.30.. boleh cek sini http://ayuzan.blogspot.com/2013/12/tasbih-sebagai-door-gift.html

Published with Blogger-droid v2.0.10

19 October 2013

Ayu menang perfume

Assalamualaikum.

haritu ayu ada join contest dari blog macam-macam cerita oleh kak hanieza.
dan hadiah untuk ayu dah pun sampai jumaat lepas.. :)

hadiah perfume

seronok betul ayu bila dapat hadiah dari rakan blogger.. 

thanks a lot kak hanieza.. semoga kita akan terus keep in touch. Korang, jom blogwalking ke blog Macam-macam cerita..

Nota : ada 1 lagi contest ayu join haritu. menang buku menarik! nanti ayu review ya...

Dating dengan blogger

Assalamualaikum.

Saje nak update kat blog. Hehe. Kejap lagi ayu dah deal dengan 2 orang blogger nak jumpa kat jusco permas jaya..

Dan.. Korang yang duk area pasir gudang, permas jaya, masai, jb.. Korang komen lah ya.. Kot-kot bila - bila masa nanti boleh kita aturkan perjumpaan. Hihi.

Nota : segan pulak nak jumpa diorang. Hihi..

Published with Blogger-droid v2.0.10

18 October 2013

Bunga tangan


My first try buat bunga tangan. Bole la.. Bunga tangan mini. Heee... ;-)

kalau nak order pun boleh. Tapi order bermula Januari 2014 ya. boleh emel : ayuzan@hotmail.com
Published with Blogger-droid v2.0.10

Rancangan Ilmu Islam Pilihan

Assalamualaikum.

entri kali ini ayu rasa nak share antara rancangan yang memberi peluang untuk kita mendapatkan sumber ilmu islam.

1- Tanyalah Ustaz

TV 9, Setiap Hari , 7.00 - 8.00 pagi.

tanyalah ustaz rancangan terbaik tv 9
tanyalah ustaz
ni ayu letak 1st ranking dalam senarai rancangan islam kegemaran ayu kerana, soal jawab yang wujud antara penonton dan ustaz-ustaz itu begitu dekat di hati. Contohnya masa ayu tengok slot Bahana Riba oleh Ust Zaharuddin. Kupasannya jelas dan menjernihkan kekeruhan persoalan masyarakat dan juga membuka mata masyarakat. Klik untuk tonton.

2- Semanis Kurma

TV 9, Khamis, 9.30 - 10.30 malam
semanis kurma rimbunan ilmu keluarga syurgawi
semanis kurma

Rancangan ini juga bagus untuk ditonton. "Rimbunan ilmu keluarga syurgawi" itu tagline yang dibawa oleh Dato Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya. Lihat tajuk pun dah tahu kan? Ilmu yang dikongsi mereka bersama panel-panel terpilih benar-benar bawa manfaat terutama bagi pasangan suami isteri dan ibu bapa. Dan untuk yang belum berkahwin boleh jadi bekalan masa depan. Topik bagi rancangan ini lebih dekat mengenai isu rumahtangga contohnya Pasangan Hujung Minggu, Talak 3, Jangan Tunggu Lama-lama dan macam-macam lagi.  Klik untuk tonton.

3- Celik Hati

Dah lepas. Tunggu episod akan datang.
celik hati
Rancangan ni dulu memang ayu follow. Yang ni lebih kepada slot inspirasi. Ayu admire kat Prof Dr Muhaya. Ayu suka cara penyampaian beliau kerana sentiasa menghasilkan aura +ve untuk dikongsi bersama pendengar/penonton. Orang hebat memang ada auranya kan. Ayu suka bila prof konsep yang prof cuba terapkan pada pemikiran semua.."Bahagia dan Membahagiakan". Its win win situation. Klik untuk tonton.

4- Fiqh Wanita

Tv 3, Jumaat, 1.00 - 1.30 petang
fiqh wanita rancangan baik untuk muslimah
fiqh wanita
rancangan ni siarannya masa lelaki pergi solat jumaat. Kalau tak silap, dulu waktu ni siarannya Al-Hidayah, tapi sekarang pukul 1 ni ganti slot Fiqh Wanita musim ke-2. Dan alhidayah berehat untuk 3 bulan memberi laluan slot ini. Slot ini baik untuk wanita. Sebab isu fiqh yang dibangkitkan adalah berkait rapat dengan wanita, contohnya untuk 18/10/13 membawa tajuk Haji dan Umrah. Panel menjawab persoalan lazim mengenai wanita seperti, kalau wanita itu haid bagaimana Haji dan Umrahnya? Bagaimana jika wanita batal wudhu ketika tawaf? dan macam-macam. Klik untuk tonton.

Okey, untuk kali ini ayu share 4 rancangan ilmiah ni dulu ya.. Selebihnya ayu kongsikan di lain entry ya. :)

Moga mendapat manfaat darinya.

"Majlis Ilmu Ibarat Taman-taman Syurga"

17 October 2013

Ayu Suka Lai Chi Kang

Assalamualaikum.

Lai Chi Kang.. korang suka tak? Ayu suka sangat. Kalau masa study kat Penang dulu, ayu ada member chinese girl selalu layan ayu minum chi kang. hehe.

lai ci kang

Lai chi kang yang ayu makan baru-baru ni simple je. Kembang semangkuk, barli, cincau, white fungus, gula batu, kurma merah kering dan mata kucing

kalau tambah kacang, nata de coco, laici. pergh! confirm lagi sedap. hihi..

ayu memang layan lai chi kang. kalau tengah selesema atau demam..ayu suka chi kang panas.. lagipun, kawan chinese ayu kata.. bahan-bahan tu boleh reduce kepanasan badan. 

Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com

Assalamualaikum..

Tengok-tengok GA mudah anjuran Red Delima di Blog Nabila.. terus terpaut nak join. Macam ayu pernah kata, GA yang mudah, tak perlu like,follow terlalu banyak sponsor memang ayu pasti join. Tambah lagi tak ada suruh klik & loading iklan. Ofcos lah ayu suka. Mudah dan cepat.

untuk GIVEAWAY kali ni memang nampak lumayan. Total harga hadiah mencecah RM 5K. Memang sangat gempak la kan..

Jom kawan-kawan, join sama-sama GA ni. Mana tau ada rezki..

Kalau berminat boleh klik SINI atau banner di bawah.

SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."

Jom join 

16 October 2013

Mee Bandung Muar

Assalamualaikum.
Rabu sepatutnya mula kerja dah. Tapi atas sebab urusan yang mendesak ayu menyambung cuti, terpaksa lah jugak.

Ada 3 kedai mee bandung muar yang ayu nak suggestkan kat u alls sekiranya singgah di muar...

1-Perencah haji sernan. (Perencah sahaja)
Biasanya ayu beli, dan mintak mak masakkan. Senang dan sedap. Haji sernan punya resepi memang ayu & family suka sangat. Tapi tak sure samada beliau ada gerai/restoran khas atau tidak. Lum pernah jumpa.

Lokasi : Berhampiran stadium.

2-Mak Pon.
Ni pun antara yang glamour dan meletups. Kalau nak makan, ayu suggest kedai kat Tg Emas Muar. Kat medan selera tu ada banyak kedai jual mee bandung. Sekiranya mereka masak guna perencah mak pon, ada iklan terpapar di depan kedai (banner). Ayu pun lupa dah nombor berapa gerai tu. Untuk beli perencah mee bandung makpon ni rasanya boleh google, sebab ada yang jual secara online.
mee bandung kat tg emas  - mak pon
lokasi : medan selera tg emas.

3- Mee Bandung Muar

yang ni ramai yang tahu. Terletak kat area tg agas.. dan banner kedai besar-besar tulis jenama mereka *MEE BANDUNG MUAR*. Ayu dah try juga. Memang tip top lah. :) cume ayu tak rencah jenama apa dorang guna. Mungkin resepi asli mereka kot. Btw, memang sedap lah.

Lokasi : Jalan Tnjung Agas.

banyak kedai jual mee bandung kat muar ni, cume nasib-nasib la sedap ke tak. Ayu pernah jumpa mee bandung tp rasa macam asam pedas. Alahai.. sedih. malu je kalau orang luar datang muar terkena mee bandung tak sedap, sebab muar memang dah gah dengan mee bandung.

Nota : Kat rumah, biasa ayu beli perencah Haji sernan tu dan masak je. Confirm berpuas hati. hihihi..


Published with Blogger-droid v2.0.10