22 October 2013

Tips Raih Follower Blog

Assalamualaikum.

haritu kan ayu ada dating dengan blogger Mama As kan? Kenal tak beliau? Kalau tak kenal.. korang
boleh berkenalan dengan beliau yang peramah dan baik hati tu.. :) klik sini.


Beliau ada sharing tips. Dan ayu rasa, tak salah kalau ayu share kat sini pulak tips-tips yang Mama As share haritu. Sebab ayu tersangat kagum dengan usaha beliau yang meraih follower 900+ dan ranking alexa 900+ dalam masa 5 bulan. Itu sangat memberansangkan ok.

Beliau kata, ini beliau lakukan..

1- Pada awal blogging, beliau BLOGWALKING 100-150 blog sehari.
well, pada ayu ini memang hebat lah sebab ayu rasa sehari 50 blog pun ayu belum sempat. sebab kita menyambil kan... tapi untuk yang full time suri rumah, mungkin boleh cuba tips ni.

2-Kerap komen blog orang lain 
Sebab natijahnya nanti, bila orang tu tengok kita rajin komen blog dia, kita tertarik la nak ke blog kita dan buat benda yang sama. yang ni ayu rasa, ayu buat dan berhasil.

3-Follow blogger yang kita nak, tanpa perlu guna konsep "u follow, i follow".
Maksudnya.. tak perlu ada paksaan dalam following blog. Yela kan, kalau orang yang kita follow berkenan ngan blog kita, beliau akan follow..in sha allah.

4-Guna pop-up comments box untuk raih banyak komen pada entry.
Sebab pembaca lebih mudah, tak perlu loading blog kita sekali lagi untuk komen entry. Lagi-lagi yang berat blognya, memang jenuh nak tunggu loading tu. kalau pakai pop up ni, komentar lebih mudah nak komen 3-4 entry sekaligus. Yang ni ayu buat. Dan kalau korang rasa tak suka sebab tak boleh balas, boleh letak REPLY button. (boleh google tutorial). Dan nak profesional lagi, reply komen penting melalui entry. :) yang ni ramai bogger glamer buat.

5-Letak shout-box
Kotak jerit tu manfaatkan dengan baik. Sebab kadang-kadang ada orang nak tanya apa-apa, dia boleh drop kat situ, dan kita boleh reply kat kotak jerit mereka. Kan mesra gitu.hehe

6-Entry berkaitan tips-tips.
Mama as kata, entry berkaitan tips mudah mendapat sambutan, so korang harus cuba ya. hihi. kalau ayu pula, entry resepi yang selalu banyak klik.

7-Up entry sekurang-kurangnya 1x sehari.
Yang ni memang hakikat tau. Kalau 1 hari tak up entry memang menjunam ke ladang gandum la UV ayu. sebab ayu belum establish. Kala blogger ben ashaari or matgebu tak pelah, rasa nya tak up entry 3-4 hari pun, visitor dia maintain aje. hehe

Okeylah, rasanya itu je kot. hihi.. Kalau korang nak tips lebih kat Mama As boleh je roger beliau di sini.

Nota : Bila ntah ayu punya follower nak 900 tu.hiihi.. ayu dapat pembaca tetap yang tak jemu ziarah blog ni pun dah berbesar hati.. :) Terima Kasih korang.

kredit : Mama As Blog

18 comments:

Unknown said...

nice sharing :) beginner mcm sy lg la susah nk dpt follower hehe...insyaAllah will keep writing :)

Unknown said...

jijah selalu blogwalking n tinggalkan jejak kat komen n shout..
tp paling penting kalau rajin komen blog org.. org akan komen blog kita pulak..

tapi tu cara jijah la..heee .

Fais-SKA said...

xpelah =) pelan2 kayuh..bt yg termampu je..jnji ada usaha..inshaa'Allah pasti berjaya..

Siti Munirah said...

Wah, Ayu pun ingat eh ape tips tu. Kak Uni sampai je rumah, terus buat list takut terlupa. basically, ingatan kite sama! hehehe..

kalau kat blog kak uni pulak, entry paling hit pasal nak get pregnant, persediaan nak bersalin, berpantang etc. tapi entry yang lain pun banyak jugak cuma yang tadi tu lah yang paling hit.

PCL said...

banyak ilmu dpt dari kenalan bloggger eh..jumpa santai2 tapi ad isi.. perkongsian yg bermanfaat.

Mizz Aiza said...

akak setuju sangat dengan semua tips blogger mama tu.. yang penting kita enjoy berblog..

Jejari Menaip said...

nice sharing ayu..knl sngt mama 2..

Unknown said...

kena rajin bw :)

Sally Samsaiman said...

mama! ;)

Suri Sutera said...

thanks ayu.... bagus juga ni...

Umialya said...

tak boleh bw byk2, buat le skdr termampu

Unknown said...

wow..sampai 100 lbih blog sehari..mmg tak tercapai laa akak walau akak pun suri rumah..hahaha..

apekinahdotcom said...

hmm nice sharing ayu, tapi nak blogwalking sampai 100 satu hari memang tak mampula huhu

Khir Khalid said...

Perkongsian yg sgt baik.. t kasih :)

norhasnizakhalid said...

alhamdulillah ayu.. hihi, tu cara mam ayu sharekan.. terima kasih ayu.. :) ada masa mama nak ajak ayu makan cicken cop lah.. hihi

Gadis Genit said...

tak tahu langsung ape benda pop up bagai bagai tu sebab baru belajar berblog ni. nak buat fancy-fancy letak itu ini pon tak pandai. buat apa yg termampu je. lagi satu tak tahu fungsi benda2 tu semua. nasib la hehe

Unknown said...

nice sharing.. :) sgt2 membantu kite yg bru dlm dunia blog ni..hehe

Tetamu Istimewa said...

Perkongsian yang baik. Bolehlah dipraktikkan.