19 December 2013

La Tahzan

Assalamualaikum

selalu ayu dengar lagu dendangan Heliza Helmi ni di IKIM.fm sampai terhafal.. Tapi tetiba nak tengok video klipnya.

dan masa tonton. Ayu sebak. sebak . dan sebak. Bila tengok GAZA, memang ayu automatik jadi nak menangis. Video ni memaparkan situasi ketika Heliza di GAZA. Korang tengok la ya. Mudah-mudahan terjentik kesedaran untuk terus menyayangi saudara seislam kita di sana dengan bantuan dan doa.



Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalan-Nya
Korus:
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
Mereka kan tetap berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta dan nyawa
Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja
Ulang korus
Siapa Tuhan kamu
Siapa guru kamu
Apa pesanan kamu
Apa cita-cita hidup kamu
Takkan kita hanya berdiam sahaja

5 comments:

Unknown said...

ujian mereka di sana vs ujian kita di sini..T_T

memmetlenggeng said...

Bersabarlah wahai bangsa Palestine...Berusaha dengan lebih gigih untuk keamanan dan kemerdekaan. Ikhtibar kat negara kita juga apa yang terjadi di Palestine

Unknown said...

Assalamualaikum jiran..salam perkenalan..:) saya duduk di bukit saujana..Kelas percuma penjagaan kulit ada juga saya buat di JB, Ofis Mary Kay di Menara Pelangi..Jika berminat boleh hubungi 0193048807..mggu depan hari sabtu ptg, sy ada kelas di sana..jemputla dtg..:)

Unknown said...

sedih liriknya
moga mereka di sana dilindungiNya

Khir Khalid said...

Mmg sebak bila tengok nasib saudara seagama kita di sana...