21 August 2014

Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 2

Sambungan dari entry malam tadi Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 1.

6- buku ilmiah 

Ayu dapat 3 buku. Antaranya bertajuk Pengantin Alquran, indahnya hidup bersyariat dan juga buku berkaitan adab bermusafir. Allahu.. Ayu suka sangat dengan hadiah macam ni. Bermanfaat besar. Dan pastinya kalau kita kasi orang sesuatu yang bermanfaat lantas orang menggunakannya, kita pasti turut mendapat sahamnya. Sebelum ni pun ayu biasa kasi hadiah berbentuk begini.

7- set pinggan mangkuk dan cawan gelas.

Set pinggan mangkuk ayu suka juga. Dan ayu pun ada juga dapat set mangkuk. Untuk set cawan dan gelas... Bukan tak suka, tapi kadang tu rasa macam lambakan dari pemberi sampai tak dapat nak guna semua. Ayu pas hadiah tu kat mak. Boleh la mak bergaya dengan set cawan gelas yang baru. Tapi set cawan dan gelas yang siap ada jug/teko ayu ambil beberapa set untuk kegunaan sendiri. Maybe korang boleh tukar hadiah tu pada sesuatu yang lebih menarik jika nak juga bagi set macam ni contohnya set mangkuk aiskrim yang comel-comel, set bekas kuih raya atau set dulang ke. Mungkin lebih berguna sebab mesti ramai dah bagi hadiah gelas cawan. Hehe.

8- frame, album, voucher photobook/cuci gambar.

Ayu dapat frame. Antara frame yang best tu kawan ayu tempah personalized gambar nikah ayu dan suami. Ayu nikah awal, so member ayu tu ada masa nak tempah khas. Sangat touching dan super suka ayu masa tu. Selain tu, korang boleh juga hadiahkan frame, album kosong agar pengantin boleh isi dengan gambar kemudian hari. Voucher yang ayu sebutkan tu best gak. Ayu tak pernah bagi as gift.. Tapi rasanya good idea tu. Untuk frame dan album tu rasanya kos tidak tinggi. Sesuai kalau ada jemputan kahwin di kala tengah bulan. hihi.. Kalau korang nak bagi gift berbentuk voucher photobook pun ok gak. boleh guna servis PIXAJOY. kadang-kadang ada offer harga dia best.

9- Jam dinding

Ayu dapat ni dari teman sekerja. Bagus juga ni. Tapi kena make sure jam kita hadiahkan tu kualiti dia ok sebab kalau yg below rm10 tu macam agak cepat rosak. 

10- Kain pasang atau pakaian

Ayu dapat 4 helai kain buat baju kurung. Seronok gak ni. Tinggal hantar tempah je. Harga pun..kira ok kan. Mampu beli.

11- Personalized craft item.

Ni ayu tak de dapat. Mungkin sebab ayu sendiri yang selalu DIY dan orang tempah kat ayu, sebab tulah diorang tak hadiahkan benda ni. Biasanya kalau orang tempah hadiah kawin ni, diorang suka bagi bantal yang siap dgn nama pasangan pengantin, car charm dan juga keychain.

12- Barang Hiasan

Antara barang hiasan yang boleh dihadiahkan ialah pasu bunga, hiasan dinding dan juga cermin. Ayu ada dapat cermin comel untuk letak atas meja. Siap deco dengan teddy bear lagi. Pernah nampak kat kedai harganya dlam rm25-30 jugak.

13- Duit.

Ni paling senang. Selalu je kawan-kawan pengantin dtg kat pelamin bergambar dan kasi sampul berisi duit. Hihi.. Alhamdulillah. Dapat pengantin plan beli sendiri apa yang dia nak.

Setakat yang ayu teringat dan terfikir nak share ini jelah dulu ya. Kalau ada yang lain...nanti ayu selit-selit.
Kita kasi hadiah bukan bertujuan nak membangga diri atau menunjukkan kemampuan diri si pemberi. Tapi sebaliknya secara peribadi, ayu merasakan hadiah yang bermanfaat kepada pasangan yang baru nak mulakan hidup ni memang sangat membantu. Lagi-lagi kalau pindah rumah baru. Semua benda tak de, hadiah-hadiah ni lah jadi berguna.

Ni dah start dah ayu dapat undangan jemputan kahwin, maklumlah nak masuk fasa hujung tahun dah. Orang pun dah mula order doorgift tasbih untuk wedding hujung tahun.
:)

8 comments:

dear anies said...

Tingat kt member dia dpt hadiah lingerie ;)

Syira Lokman said...

bestnya kalau dpt bnyk hadiiah

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, alhamdullilah. banyak gila hadiah pengantin. murah rezeki awak berdua. hihiiii

sitirohaida said...

alhamdulillah..murah rezeki ayu...

Jejari Menaip said...

Murah rezeki...Banyak2xx....Mmg semua benda ini jadi pilihan buat mereka yg nak bg hadiah...:D

Permata Malap said...

wah..alhamdulillah..murah rezeki ayu...teringat pula masa mula-mula kawen dulu..hehe..

Nik said...

byk hadiah bolah bagi kat pengantin kan.yg byk tu la susah nak buat pilihan nak bagi apa..hihi

QasehnyaRania said...

mcm mcm jnis bloh diberikan :)

ayu, thanks tau singgah blog ciksu.
tp ciksu x bw. ciksu dlm bpantang skrg. lps pntg ciksu marathon k. hihi..

psstt: pncuci ABD best.. lembut je bau.
lagi satu ayu cuba bli tolljoy.pon wngi.mmber blog suggest dkt ciksu :)

jaga makan n jaga diri k :)