29 June 2015

amani kena biji angin

Assalamualaikum

Ramadhan masuk 10 hari. Dan kami diuji dengan beberapa dugaan kecil.

Amani kurang sihat lagi. Kalini pakej. Demam+selesema+biji angin di belakang tengkuk. Allahu robbi. Si kecil tu menangis je. Sedih ummi.

Sebenarnya suami ayu perasan kewujudan biji angin tu sejak amani mula pandai menjulur kedepan. Dah mula makin aktif guling sana sini dan maju mundur. Masa tu dah terdetik, ada terseliuh ke amani?
Amani nak belajar jahit ummi :)

Pastu makin hari amani macam makin galak menangis. Pelik juga. Sebab baby comel ayu ni jenis tak berapa sangat nangisnya. Merengek jela selalu.

Dan last weekend balik dari kampung makin menjadi nangisnya. Dan bahu@tangan@leher belah kiri macam sakit. Ayu susukan dia belah situ kalau silap pegang nnti dia nangis terus merajuk tak mau susu.

Tak senang hati. Amani tido tak lena. Jap jap nangis. Pagi ahad ayu emergency amik cuti. Ayu gi umah jiran. Jiran tu makcik yang dah usia 60 tahun. So ayu expect dia mesti tahu nak buat apa. Di pegang tangan amani, dia kata agaknya terkehel atau terseliuh ni. Dan makcik jiran yang baik hati ni bawa kami ke rumah tukang ubat. Tukang ubat kanak kanak.

Tukang ubat tu kata amani ni kelenjarnya sakit. Macam salah bantal gitulah. Atau panggil salah urat. Ditawarkan air sebotol dan disuruh beli biji manjakani dan urut bahagian biji angin di tengkuk amani. Balik tu amani ok sikit. Kurang nangisnya dan dah mula nak menyusu mengemping macam selalu.

Dan hari isnin amani pun disusuli demam dan selesema. Ni kes demam urat la ni. Huuu.. Malam malam kami laki bini tak berapa tido. Dalam pukul 2 pagi suhu naik 38.2°c. Anak lagi perlu perhatian. Ayu risau suhu badan dia naik naik. Ayu jerlum air asam jawa di kepalanya. Lap lap kain basah dicelah pelipat dan satu badan. Yang selesema dia, ayu buat minyak bawang putih sapu di dada dan buat garlic socks. Alhamdulillah pagi sahur tu kebah sikit. Sekitar 37.2°c.

Susahnya hati ummi daddy tengok anak tak sihat. Rasa nak tukar badan je. Huuuu...

Weekend ni ayu balik kampung. Nak jumpa mak bidan yang urut bersalin ayu. Dia boleh urut budak. Mungkin boleh tengok mana mana yang tak kena dengan amani. Sebab kalau baby salah urat ni memang boleh demam berbalik balik. Risoooooooonyaaa..

Nota : macam nilah mak abah jaga kita masa kecil dulu kan. Kerisauan. Susah hati. Sedih. Sebab tu aku emo nengok budak yaya kena dera smpai patah riuk. Bapak yaya tak ada perasaan ke apa.. Huhu

5 comments:

sitirohaida said...

tulah,selalunya budak ni,kalau tak baik jugak demamnya,salah satu solution pi berurut..awfiyah pun dlu macam tu jugak..sampai dah tak tau nak buat ape..

QasehnyaRania said...

alahai sian amani
ciksu doakan smga amani cepat sembuh ye sayang

Anum said...

semoga cepat sembuh

randomlyally said...

kesiannya amani.. moga cepat sembuh..
biasalah, budak-budak nak membesar ni kan..macam-macam perkara yang kita lalui. akak ni pula dah lalui 3 pengalaman berbeza membesarkan anak...
tapi, itulah nanti yang akan jadi kenangan dan cerita bila mereka dah besar. semoga kita semua para ibu bapa dipermudahkan urusan...amiin..

Ain Athirah said...

Semoga cept sembuh comel !

singgah dri segmen sama :) semoga berjaya
http://theathra.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-37.html