10 September 2015

DIY : Baby Activity Book

assalamualaikum

 menaip entry ini dikala jam 12.30 malam. Amani dan daddynya dah tido pon. Ummi gigih nak jahit cloth book @ quiet book yang ada simple activity untuk amani. Masa ni je mampu jahit. sebab kalau amani celik, ayu fokus kat dia. kesian kalau nak tinggal tinggal dan kita bz jahit lak. Dah la time keje 7 am- 4 pm dah kita tinggal dia.

Dalam baby activity book yang ayu buat laju laju tanpa template ni, memang banyak kekurangannya, sebab yela..ummi dia tak pernah buat ni lagi. ni pun after study sikit sikit baru buat.

umur macam amani 8 BULAN sesuai untuk latih motor skills dan sensory skills dia. Yang mudah mudah je. Macam bentuk, warna, benda keras, benda lembut, bunyi bunyi plastik dan lain lain ikut kesesuaian umur lah ya.
A photo posted by Ayu Zan Gallery (@ayuzan) on

jom tengok satu satu..

no.1 - Bunga

bunga ni kelopak tak jahit, supaya amani boleh kopek kopek kelopak dia. Baby memang suka kutil kutil benda kan. Sebab ayu perasan amani suka betul kopek kopek tikar.hehe

no.2 - Matahari

simbolik matahari memancarkan cahaya. Yang reben kuning tu, biasa orang panggil taggies, sesuai untuk baby sebab nanti dia suka nak masukkan jari comel dia dan belit belit lepastu usaha lepaskan jari. Nampak simple, tapi baby tahu je nak main nanti.hehe

no.3 - Bentuk dan Isinya

dalam tiap bentuk ayu bubuh berbeza isinya. Segitiga - isi manik, segiempat - isi mcm bantal dan bulat ayu isikan plastik. Terjuntai juntai tu baby suka la..hehe

no.4 - Rerama

dalam rerama ayu buh plastik. nanti dia picit, bunyi bunyi amani suka.

no.5 - Awan dan manik

ni simbolik hujan xjadi. hahaha. manik manik dan tali. Semua ni ransang minda anak untuk gerakkan manik kat tali tu.

no.6 - Pelangi dan warna

reben taggies tu untuk belit belit, macam ayu cerita kat no.2 tadi, dan warna warna untuk ransang penglihatannya..

mudah mudahan usaha kecil ummi ni bawa keberkatan.

doakan saya ya.