16 November 2015

Homeschooling : Sensory Bag

Assalamualaikum

sejak anak memasuki usia aktif ni, memang ayu sangat sangatlah jarang berblogging, tapi hajat hati memang nak sangat sharing homeschooling info yang sikit sikit ni.

kali ni ayu sharing simple activity with minimum budget untuk meransang mata dan minda anak kecil kita.

sesuai untuk baby sekitar 6bulan ke atas.
sensory bag

bangun pagi ummi terus sajikan ini. hahahha

bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 paket gel rambut murah (kos sekitar rm2- rm3)
  • 1 keping zipper file (kos sekitar rm2-rm4)
  • 1 set stiker yang timbul (kos rm 2 di mr diy) boleh guna sticker yang sesuai.

tak sampai rm10 kan kosnya..
simple je, gunting sticker tanpa membuka lapisan lekat tu, dan susun dalam fail. Setelah itu, pelan pelan masukkan gel rambut ke dalam fail. Lepastu, kalau boleh seal guna ducktape supaya tak bocor keluar.

cara main?
  • boleh letak depan anak, tengok apa dia buat dgn benda ni. sebab imaginasi budak budak ni lain macam. 
  • boleh buat sesi bercerita, kenalkan benda benda dalam bag file tu.
  • gerak gerakkan ikan atau bahan dalamnya supaya anak tertarik

tahan ke tak?

alhamdulillah, setakat dah sebulan lebih ni masih tahan dan boleh digunakan lagi. bergantung pada kelasakan kot. kalau ditusuk benda tajam, insya allah tak tahan.hehe

Alhamdulillah amani suka usaha kecil ummi.

selamat mencuba kekawan.

nak tahu lebih mengenai homeschooling?

TERSANGAT BESAR MANFAATNYA...



2 comments:

thisni3za said...

Wah..Menarik nih..Boleh buat utk Ammar nnt..huhu

Syamimi Saad said...

Dok cri bag plastik tu x jmpa2 la pula.. Smpai ke sudah sumpan je bhan lain. Hehe